Search This Blog

Wednesday, December 8, 2010

KEKESALAN DI HATI

Entah mengapa pada hari ini ada sesuatu yang tidak kena pada emosiku.  Aku tidak berapa senang dengan sikapnya yang agak keterlaluan di hadapan rakan-rakanku yang lain. Aku tidak tahu, mengapa agaknya perkataan kasar keluar dari mulutnya. Aku juga tidak dapat mengawal emosi lalu menyerangnya bertubi-tubi dengan kata-kataku yang agak menyakitkan hati.

Sebagai seorang yang berkerja profesional, sikap sedemikian tidak profesional. Kenapa agaknya timbul sedemikian?.. Gara-gara terlalu banyak yang perlu disiapkan dan ditambah lagi dengan peperiksaan yang tak lama menjelang tiba. Kebingungan menerja setiap jiwa kami. Tidak disangka keadaan negatif berlaku di luar dugaan.

Pertengkaran kecil telah berlaku. Namun demikian, aku bukanlah seorang yang suka memanjangkan perdebatan. Aku sedar setiap manusia mempunyai kelemahan. Aku juga tidak lari daripada kelemahan itu.
Aku mudah tersinggung tetapi aku juga mudah meminta maaf dan menerima kelemahan orang lain.

Harapanku dengan kesilapan yang berlaku pada kali ini diharapkan tidak akan berulang lagi. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana kami dapat meredakan keadaan tanpa campurtangan teman-teman yang lain. Aku sedar bahawa dalam kumpulan perlunya bertolak ansur. Sekiranya aku tiada pegangan, mungkin lain pula jadinya.

Diharapkan peristiwa ini hanya berakhir di sini..

Pedoman dan Panduan Bahasa Melayu - Dewan Bahasa dan pustaka

Pedoman dan Panduan Bahasa Melayu - Dewan Bahasa dan pustaka

Cerianya Pagi ini

Ceria sungguh pagi ini,
Walau kesibukan melanda,
Otakku ligat mencari jawapan,
Bilakah santai tiba?

Ceria pagiku tiba akhirnya,
Hilangkan stress yang tiba,
Menghiburku sesantai mungkin,
Oh, alangkah indahnya!

Walau apapun jua,
Keceriaan ini usah dipersia,
Masa masih terasa jauh,
Walau usia terus memamah tubuh.

Teruskan ceria pagimu,
Usah menolwh ke belakang,
Bersyukur kepada Tuhan,
Engkau terus dilindungiNya.

Sesegar pagi : SHEBA

sajak guru oh guru osman awang

Friday, December 3, 2010

Kedinginan Dini Hari

Dinginnya hari ini,
Terasa pada dini subuh ini,
Sepi sendirian tanpa teman,
Hanya kipas ligat berpusing,
Yang hanya  menambah kedinginan.

Terasa awal dini hari ini,
Entah mengapa sungguh terasa,
Di benakku menerja sepi,
Lalu punat laptop kutekan,
Memuatkan kisah dini hari.

Aah,...mengapa dan kenapa?
Seawal ini idea menerja,
Mengungkit memori lalu,
Akur mata menemani jejari,
Merakam peristiwa kedinginan dini hari.

Nukilan rasa: Sheba

Thursday, December 2, 2010

Pagi Yang Indah

Waduh,...indah sekali!
Dini pagi ini kurasakan indah,
Cahaya suria mulai menyerlah,
Pagi yang indah,
Sukar kulupakan.

Waduh,...mengapa ya?
Setiap detik teramat drastik,
Berlalu begitu sahaja,
Meninggalkan  nun ke belakang,
Tidak menanti walau sedetik.

Waduh,...kecapilah keindahan,
Selagi waktu terus dipacu,
Kerana ianya tidak berhenti,
Walau seketika.

Pagi yang indah,
Tak akan kupersiakan,
Aku terus nikmati,
Bersama kesibukan PGSRku,
Yang baru separuh waktu ini..


Nukilan rasa : Sheba