Entah mengapa pada hari ini ada sesuatu yang tidak kena pada emosiku. Aku tidak berapa senang dengan sikapnya yang agak keterlaluan di hadapan rakan-rakanku yang lain. Aku tidak tahu, mengapa agaknya perkataan kasar keluar dari mulutnya. Aku juga tidak dapat mengawal emosi lalu menyerangnya bertubi-tubi dengan kata-kataku yang agak menyakitkan hati.
Sebagai seorang yang berkerja profesional, sikap sedemikian tidak profesional. Kenapa agaknya timbul sedemikian?.. Gara-gara terlalu banyak yang perlu disiapkan dan ditambah lagi dengan peperiksaan yang tak lama menjelang tiba. Kebingungan menerja setiap jiwa kami. Tidak disangka keadaan negatif berlaku di luar dugaan.
Pertengkaran kecil telah berlaku. Namun demikian, aku bukanlah seorang yang suka memanjangkan perdebatan. Aku sedar setiap manusia mempunyai kelemahan. Aku juga tidak lari daripada kelemahan itu.
Aku mudah tersinggung tetapi aku juga mudah meminta maaf dan menerima kelemahan orang lain.
Harapanku dengan kesilapan yang berlaku pada kali ini diharapkan tidak akan berulang lagi. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana kami dapat meredakan keadaan tanpa campurtangan teman-teman yang lain. Aku sedar bahawa dalam kumpulan perlunya bertolak ansur. Sekiranya aku tiada pegangan, mungkin lain pula jadinya.
Diharapkan peristiwa ini hanya berakhir di sini..
No comments:
Post a Comment