Search This Blog

Monday, December 6, 2010

Kesibukan Yang Melanda

Sesungguhnya detik-detik masa,
Seakan-akan tak pernah cukup,
Pejam celik-pejam celik sahaja
Tak pernah berasa jemu,
Walau kesibukan melanda,
Tidak pernah terasa santai,
Masa bagaikan dikejar-kejar,
Waduh,..pastinya kerap ditinggalkan,
Kerapkali pacuan masa terasa,
Teramat drastik ke hadapan,
Meninggalkan aku di belakang.
Terkapai-kapai  dengan tugasan,
Nafasku terus mengah,
Mengejar masa menjadi rutin...
Waduh...bilakah agaknya,
Kesibukan ini berakhir?

No comments:

Post a Comment